Sunday 15 December 2013

Set Bajet Untuk Kurus

Assalamualaikum..
Dalam entry sebelum nie aku dah pernah cerita macam mana nak kurus dengan set shaklee kan.. mesti ambil 3B iaitu Bakar, Buang dan Bina.. tapi tak semua yang mampu nak ambil set nie.. okey, i understand you all.. kita selalu kena mudahkan customer utk sihat kan kan kan.. boleh tgok entry sini .

Nak kurus tak semestinya perlu belanja yang banyak..setakat nie semua harga yang shaklee tawarkan adalah harga mampu milik untuk korang semua..tak caya, meh cni aku explain ckit..
Sekarang aku nak kenalkan dengan set bajet untuk kurus.. kita boleh gabungkan mana je pilihan yang kita nak, yang penting ade elemen untuk Bakar dan Buang.. ade bajet yang kurang dari RM100 dan ade juga yg lebih ckit tapi takkan sampai beratus-ratus punye lah..

SET 1
LECITHIN + ALFALFA COMPLEX

SET 2
ALFALFA COMPLEX + OMEGA GUARD

SET 3
HERB-LAX + LECITHIN

SET 4
OMEGA GUARD + HERB-LAX

Kat sini ada 4 set yang sangat disyorkan untuk mereka yang nak kurus tapi kurang bajet.. kalau nak cepat dapat kesan yg positif perlulah sentiasa konsisten dan ikut aturan pengambilan yang betol.. jangan main redah je ambil sesuka hati okey.. pemakanan pun penting jugak taw.. kalau semua dah dijaga, ditambah lagi dengan cara yang betol nie konfirm korang dapat berat ideal yang di idam-idamkan tu..

Meh sini aku bgitau fungsi setiap produk nie ea..

Lecithin @ Omega Guard Bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol.

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Alfalfa Complex @ Herb-Lax - Membuang lemak dan mencuci toksin dalam badan.

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit-birit kepada anak.

Sangat2 disarankan kepada mereka yang nak kurus tapi tak tahu bagaimana cara yang sihat utk turun berat badan. Marilah mencuba set bajet ini ye. Jangan risau, selepas pembelian set nie saya akan pantau anda dari semasa ke semasa. Cara pemakanan pon akan diberikan, takkan nak mkn ikut suka hati kan nanti tak berkesan plak. Hah, nak order bole ikut step yer..

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh hubungi saya di :

SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com

p/s : Nak dapatkan harga baik dari saya, contact je nombor tu.. Bandingkan harga saya dengan orang lain :)

Thursday 12 December 2013

Set Kecantikan Kulit Shaklee

Hai semua... terima kasih sebab masih singgah di blog nie..
Entry kali nie nak citer ckit tentang macam mana nak dapat wajah berseri dengan vitamin shaklee.. semestinye supplement nie jgak sesuai utk merawat masalah kulit korang yg sememangnya bermasalah tu.

Sape yg tak nak cantik kan. especially kaum wanita, apatah lagi yang dah jadi mommy tu. mesti kena jaga muka dan badan kan. bukan apa, disamping kita jaga kecantikan luaran, kita juga dapat jaga kecantikan dalaman sekali. kalau dah amik supplement yg baik dan berkualiti, Insya Allah kecantikan dalaman pon terjamin.

Kalau yang remaja tengah naik sekarang of kos lah nak jaga muka kan, tak mahu lah muka berjerawat, berminyak, lesu dan macam2 lagi lah. btol tak? Senang je cara nak atasi masalah kulit nie, jom kita beralih ke set kecantikan shaklee. Terdapat pelbagai vitamin yang sesuai dan boleh diambil untuk atasi masalah kulit nie tau. Antara yang paling femes adalah gabungan 3 vitamin nie. Fuhhh, memang mantop lah. Hot Meletop Kebaboom.... hahahaha


Nie lah vitamin cantik yang paling femes skali. sape yg nak cantik confirm disyorkan amik set nie. jom kita tgok apa kebaikan set nie ek...

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel (Kebaikan Vitamin E Complex)

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

    p/s : vitamin c shaklee ade dua iaitu chewable vitamin csustained released vitamin c plus. kedua-dua vitamin nie memang sangat diperlukan untuk kecantikan wajah.

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri



    Hah, nie lah salah satu testimoni yang dah menggunakan set kecantikan shaklee. Untuk kesan yang lebih baik atau ikut kesesuaian dan masalah kulit, boleh juga tambah ESP atau GLA Complex. 

    Jangan risau, selepas pembelian set nie saya akan pantau anda dari semasa ke semasa. Cara pemakanan pon akan diberikan, takkan nak mkn ikut suka hati kan nanti tak berkesan plak. Hah, nak order bole ikut step yer..

    Sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh hubungi saya di :

    SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

    EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com

    p/s : Nak dapatkan harga baik dari saya, contact je nombor tu.. Bandingkan harga saya dengan orang lain :)

Thursday 5 December 2013

Omega dan Kurus !!

Baru je sembang dalam entry tentang Omega Guard dari shaklee kan.. Banyak manfaat dari omega nie kan yg kita tak tahu.. Selalunya bile dengar omega atau minyak ikan nie terus fokus bagus untuk perkembangan otak dan meningkatkan sistem imunisasi.. Tapi tanpa kita ketahui omega dari shaklee nie byk bezanya dengan minyak ikan biasa dari produk lain tau..

Percaya atau tak salah satu khasiatnya kita boleh Kurus dengan Omega nie. Mana taknya, rasanya dah pernah jelaskan tentang fungsi omega nie sama jugak dengan Lecithin iaitu membakar lemak dan mengurangkan kolestrol. Yang bezanya omega nie lebih mahal dan mempunyai kesan yang lebih cepat. Cara pengambilan juga tak sama dengan lecithin.



Kenapa Omega boleh membakar lemak ?

  • Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis) 
  • Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan 
  • Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda) 
  • Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemakuntuk tenaga 
  • Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak —> Anda boleh mengambil Omega-3 lemak untuk membantu badan anda bertindak balas lebih baik untuk Leptin jadi anda boleh meningkatkan metabolisme membakar lemak anda 
  • Lemak omega-3 boleh ditemui dalam salmon, flaxseeds, kacang, Omega-3 tambahan dan lain ini 79 makanan sumber lemak Omega-3

    Bagaimana Omega boleh buat anda kurus ?
  • Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah anda 
  • Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila orang yang mengikuti program senaman mengambil omega-3, menunjukkan pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang bersenam tanpa pengambilan omega 3 
  • Kajian yang dilakukan di Jepun & Czech republik mencadangkan bahawa Omega-3 lemak menghalang pembentukan lemak badan hodoh dan kajian ini juga menyatakan bahawa Omega-3 lemak menggalakkan pembakaran lebih lemak 


Sudah terbukti omega dan kurus tak boleh dipisahkan. Ececewahhh..
Apa yg saya nak beritahu kat cni omega sememangnya penting dan sangat diperlukan utk mereka yg ingin kurus atau turun berat badan. Banyak lagi khasiat lain yang kita kena kaji tentang omega dari shaklee nie. So, jangan malu jangan segan kalau nak order dengan saya. InsyaAllah saya akan guide cara pngambilan yg betul supaya anda dapat result yg positif. Apa tunggu lagi, mailah order sebotol. Tak rugi pon kalo anda sendiri yg nak dapat badan langsing kan.

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh hubungi saya di :

SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com

p/s : Nak dapatkan harga baik dari saya, contact je nombor tu.. Bandingkan harga saya dengan orang lain :)

Bagaimana nak mendaftar sebagai pengedar Shaklee

Assalamualaikum...

Mata dah tak tahan nak terlelap.. hari nie penat sangat balik dari ofis lambat.. tapi gagahkan diri jugak nak tulis satu entry yg pasti ramai org tertanya2 mcm mne nak daftar jadi pengedar shaklee.. atau lebih dikenali Shaklee Independent Distributor (SID).

Alhamdulilah, setakat nie memang ramai yg dah merasa bonus dari shaklee walaupun brmula dgn dua angka saje, tak mustahil kita boleh dapat lebih dari tu kan. Sebab tu lah erra nak ajak ramai lagi sama2 cari pendapatan tambahan tak kiralah part-time atau full-time. Yang penting lpas join mesti korang rasa teruja sgt dapat bonus dari shaklee. Lepas tu mulalah dapat income bertingkek2. haha


Cara terbaik nak mendaftar sebagai ahli pengedar Shaklee...

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 922146 sebagai sponsor/upline.

Ada pilihan lain nak mendaftar....

 1.  RM 65 -> DAFTAR SENDIRI DI BRANCH – gunakan ID 922146 sebagai SPONSOR
2    2.  RM 75 -> SAYA YG TOLONG DAFTARKAN – MEMBERKIDS AKAN DIPOS
3    3. FREE -> PEMBELIAN MELEBIHI 200 POINTS (HARGA BARANG  RM 650)

Macam mana dengan point...

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase..

Nak daftar sendiri pon boleh...

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 922146 sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya  dan akan mendapat bimbingan sepenuhnya oleh upline yng lain.

Jika anda berminat nak menambahkan income…dan nak memajukan lagi ekonomi anda…anda sangat-sangat di jemput menyertai GROUP kami..dengan bimbingan daripada pakar yang telah lama bertapak  dan mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas tentang Biz ONLINE…jangan risau, otai2 kami yg dah lama membuat bisnes shaklee ini akan memberi KELAS sepenuhnya pada anda yg brminat utk berjaya dengan kami..kelas pun tak susah mana, duduk depan lappy saje..sumenye secara ONLINE..INSYAALLAH…

Yang penting shaklee nie bukan mcm biz MLM yg lain tau..korang buat korang dapat..duet takkan jatuh dari langit dgn goyang kaki je..dan haram biz yg mempunyai sistem tanpa menjual produk tapi mendapat keuntungan hasil org bawahan..TAKE NOTE OK !! Hati kene kental nak berjaya..berjaga malam pon sanggup kalo nak dapat bonus sampai 5 angka..




APA TUNGGU LAGI, JOM DAFTAR DENGAN SAYA !!
TEKAN JE NOMBOR KAT BAWAH TU !!
ATAU CONTACT MELALUI EMEL !!

SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com


Wednesday 4 December 2013

Omega Guard Shaklee

Bismillah... Assalamualaikum..

Allahumasoliala sayyidina muhammad 3x..

Kembali jugak aku pde blog tercintaku ini.. Kihkihkih
Entry kali nie of kos lah tentang produk shaklee kan. Yang tgah hot skrg Omega Guard sbb ade promosi mcm biasa lah kan..
Jom berkenalan dgn Omega Guard =)
Sebenarnye kalau you all perasan, aku dah prnh wat entry tntg kebaikan omega nie. Boleh klik sini.


Walaupun dah byk produk omega nie kat luar tapi bagi aku ade kelainan dan kebaikan omega shaklee dgn yg lain tu. Antaraya omega nie dari minyak ikan terbaik dunia. Omega nie diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan seperti produk omega yang ada di pasaran. Kandungan EPA dan DHA dalam omega nie pon dah diterangkan dalam entry nie.

Manfaat Omega Guard Shaklee :
  • Dapat membakar lemak dan membuang kolestrol
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • Mengawal tekanan darah tinggi
  • Mengawal masalah obesiti
  • Membantu mencegah risiko penyakit jantung
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan janin
  • Membantu perkembangan memori kanak-kanak
  • Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • Mencegah migraine
  • Meningkatkan sistem imune dan menyihatkan paru-paru
  • Membaiki alahan kulit
  • Menentang kanser
  • Memelihara fungsi sendi dan gout
  • Mengurangkan tekanan
Jangan risau, selepas pembelian setiap produk nie saya akan pantau anda dari semasa ke semasa. Cara pemakanan pon akan diberikan, takkan nak mkn ikut suka hati kan nanti tak berkesan plak. Hah, nak order bole ikut step yer..

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh hubungi saya di :

SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com

p/s : Nak dapatkan harga baik dari saya, contact je nombor tu.. Bandingkan harga saya dengan orang lain :)

Sunday 10 November 2013

Kurangkan berat badan dengan Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum...
Lama plak tak update blog nie..
Kali nie aku nak kenalkan dengan set kurus shaklee..

Shaklee ada menawarkan set makanan tambahan bertujuan utk mengurangkan berat badan. Ramai yg dah mencuba dan merasai perbezaannya..

3 Konsep Utama Utk Turun Berat - BAKAR, BUANG & BINA


1. BAKAR


LECITHIN/OMEGA GUARD
Bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol.

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari. 

2. BUANG


ALFALFA COMPLEX/HERBLAX
Membuang lemak dan mencuci toksin dalam badan.

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit-birit kepada anak.

3. BINA


CINCH SHAKE/ENERGIZING SOY PROTEIN(ESP)
Membina otot dan mengelakkan kulit yg gelebeh akibat proses turun berat.

Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati disamping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, Leucine dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. Klik di sini .


Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan).

Kenapa perlu mengambil protein ? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yg kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatantidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yg sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandungdalam setiap makanan anda. Protein sgt perlu utk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Contoh mkanan yg kaya protein ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam dan tauhu. Klik di sini .

Antara yg dah berjaya kurus dengan set diet slimming shaklee nie.






Jangan risau, selepas pembelian set nie saya akan pantau anda dari semasa ke semasa. Cara pemakanan pon akan diberikan, takkan nak mkn ikut suka hati kan nanti tak berkesan plak. Hah, nak order bole ikut step yer..

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh hubungi saya di :

SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com

p/s : Nak dapatkan harga baik dari saya, contact je nombor tu.. Bandingkan harga saya dengan orang lain :)


Sunday 3 November 2013

Manfaat Utama Vitamin E Complex

Sebelum nie kita dah berkenalan tentang khasiat dan keperluan vitamin E utk tubuh badan kita kan. Sekarang meh kita brcerita plak pasal kebaikan dan manfaat dari Vitamin E Complex Shaklee. Vitamin E ini mmpunyai khasiat yg sama utk badan kita perlukan. Ia juga sesuai utk merawat masalah yg berkaitan kekurangan vitamin E.


Vitamin E ini dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yg aktif secara fisiologi dan diganbung dgn 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta). Ianya adalah vitamin E yg paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu tot. Ianya juga adlah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Manfaat utama :

  • Melindungi jantung - Melindungi sel darah merah utk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri dan menghalang anemia hemolitik. Mencegah penyakit jantung.
  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - Utk lelaki dapat meningkatkan dan megaktifkan sperma, meningkatkan tahap kesuburan.
  • Anti-penuaan - Mampu memulihkan tekstur kulit, ton muka, kedut, garis halus, kedut dsb..
  • Anti-Oksidan yg Kuat - Dapat melawan kanser, mengukuhkan sistem imune, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan memperbaiki masalah oksidasi.
  • Kelestarian Tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dgn membekalkan oksigen yg lebih.
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat dan sakit sendi.
  • Menghalang Keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopous seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikalutk menghalang kematian janin, keguguran.
  • Memperbaiki parut - Boleh mengurangkan bekas jerawat, parut luka, bekas jahitan dsb.


Rupa kapsul Vitamin E Complex


Satu kapsul Vitamin E bersamaan dgn 1kg biji gandum, 500ml minyak sunflower, 8kg bayam dan 500g badam.

Dah terbukti kenapa badan kita memerlukan vitamin E yg cukup dan sihat tanpa kta sedari. Vitamin E Complex ini dijamin selamat dan 100% semulajadi utk digunakan. Banyak kajian yg telah dilakukan dan terbukti ianya telah mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh hubungi saya di :

SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com

p/s : Nak dapatkan harga baik dari saya, contact je nombor tu.. Bandingkan harga saya dengan orang lain :)


Khasiat dan Keperluan Vitamin E

Assalamualaikum..
Lately nie enrty aku byk pasal awet muda dan kecantikan je kan.. Nak buat macam mne kan, Shaklee mmg menawarkan produk utk kesihatan dan kecantikan, so tak prlu hairanlah knpe SID ramai yg cun melecun.. Hehehe

Sape tau apa khasiat Vitamin E utk tubuh badan kita. Vitamin E sgt2 perlu dlm badan kita sebab dapat memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yg sihat. Zat ini juga dipercayai dapat mencegah kanser dan katarak. Biasanya vitamin E boleh didapati di dalam kekacang, ubi kentang, gandum dan rumpai laut.




Antara keperluan dan khasiat vitamin E kepada tubuh badan kita ialah :


 1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E kaya dgn antioksidaan yg dapat mencegah penyakit kanser

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E dapat menghilangkan masalah parut jerawat, jeragat dan tompok hitam

5. Mencegah penyakit alzherimer

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan aerola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

8. Mengembangkan salur darah serta dapat menghalang pembekuan darah dr berlaku





Fantasi cinta merah,
Erra..



Saturday 2 November 2013

Khasiat Vivix - Melawan Penuaan Selular

Hari nie kita berkenalan dgn Vivix dari Shaklee yer. Entry ak sebelum nie ade juga yg dah mnceritakn serba sedikit pasal Vivix nie terutama dlm kecantikan dan mencegah penyakit diabetes. Sememangnya Vivix nie sgt2 mmbantu penyakit kronik dan melawan penuaan.

Satu PENEMUAN REVOLUSIONARI  dalam anti-penuaan pada tahap sellular.


Vivix merupakan supplemen anti-penuaan yg trbaik didunia yg dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No 1 supplemen makanan di Amerika. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kpd empunya mekanisme penting penuaan pada tahap sellular. Di sini ada penerangan mngenai apa itu penuaan sellular.

4 Mekanisme Penuaan Pada Tahap Sellular :

  • Kerosakan DNA - Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yg akan merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yg asal) yg akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  • Pengawalan Genetik - Menyumbang kpd deteriorasi (kemerosotan) umur. Dalam ujian klinikal yg terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yg mmbantu melambatkan penuaan.
  • Pengeluaran Tenaga yg Kian Menurun oleh Sel-sel - Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yg kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan vivix ini menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondrio utk mrningkatkan tahap tenaga dalam sel.
  • Penimbunan Protein AGE - Penimbunan protein AGE yg berlebihan boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yg akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dlm anggur "muscadine") utk melambatkan pembentukan protein AGE. 

Ramuan semulajadi Vivix terdiri daripada 4 jenis tanaman yg mengandungi byk khasiat tanpa kita sedar.


Khasiat Vivix "Tonik Ajaib"


Pengambilan Vivix hanya satu sudu sehari saja


Sekarang dah tau kan khasiat vivix nie.. Hah, sape yg nak awet muda tu dari skrg la kne amik Vivix nie.. Tak mustahil 10 tahun akan datang still sama mcm sekarang, kulit tak berkedut dan sentiasa bertenaga.. Nie bukan omong kosong tau, kalau nak tahu kne lah RASAI dan ALAMI sendiri..

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh hubungi saya di :

SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com

p/s : Nak dapatkan harga baik dari saya, contact je nombor tu.. Bandingkan harga saya dengan orang lain :)


Monday 28 October 2013

Cinch Inch Loss Plan

Kitaran Diet Yang Ditakuti...

Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan utk mebakar lemak dan merendahkan kadar metabolisme.

OTOT = METABOLISME

Apabila anda tidak lagi meneruskan diet, anda tidak boleh membakar kalori seperti sebelum ini. Sebaliknya berat anda akan bertambah semula. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet.



Cinch inch loss plan merupakan cara diet yg sihat melalui pengambilan cinch shake mix dari shaklee. Kenapa ia berkesan ??
Cinch dapat mengekalkan jisim otot tanpa lemak, hilang berat daripada lemak, terbukti secara klinikal dan diperkasa dengan Leucine.
Cinch Shake Mix secara ringkasnya mampu membantu mengawal lapar, meningkatkan tenaga, menyokong metabolisme dan memberi kepuasan kpd pengguna.

"KEEP MUSCLE YOU HAVE",
"BURN FAT YOU DON'T NEED",
"LOSE INCHES YOU DON'T WANT".


Manfaat utama :

Memberi faedah seperti mngambil makanan tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.
  • Indeks Glisemik -22, sesuai utk penghidap kencing manis
  • Dengan cinch Pro, campuran eksklusif protein dipertingkatkan dgn leucine-asid amino
  • Powered by leucine utk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • 24 gram protein setiap hidangan utk membantu anda berasa puas dan kenyang
  • Tinggi kandungan serat-6 gm serat setiap hidangan
  • Glycemic yg rendah utk mengekalkan tahap gula dlm darah yg normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

Ujian klinikal ke atas formula Leucine.

Di dalam percubaan awal, saintis Shaklee menguji formula proprieteri yg dipertingkatkan dgn leucine. (Leucine merupakan otot yg membina asid amino yg terdapat di dalam protein tertentu). Program ini yg dipertingkatkan pemakanan leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan  100% jisim otot tapa lemak (lean muscle mass). Mereka yg menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan mengekalkan otot mereka.




Setiap kali anda minum Shaklee Cinch, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Penting kerana protein digunakan utk membina otot, dan otot menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori. Makanan yg kaya dengan protein ini boleh menahan kelaparan, yg mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting dalam Cinch utk keperluan tubuh kita.

Cinch Shake Mix Shaklee sangat sesuai utk mereka yg nak turunkan berat badan tanpa perlu berlapar. Cinch ini didatangkan dengan 3 flavour iaitu Cafe Latte, Chocolate dan Vanilla. Boleh pilih mana je ikut tekak anda ye. Dijamin sedap dan boleh pelbagaikan resipi kerana nutrisi yg diambil ini sememangnya rendah kalori. Nak kurus, nak cantik, ambillah Cinch Inch Loss Plan ini.


Sebarang pertanyaan, konsultasi dan tempahan boleh hubungi saya di :

SMS/WHATSAPP : 0177951327 / 0137953956 (ERRA)

EMAIL : noorfaziraha@yahoo.com

p/s : Nak dapatkan harga baik dari saya, contact je nombor tu.. Bandingkan harga saya dengan orang lain :)

Waktu, Amalan dan Doa Mustajab


Assalamualaikum..
Disaat kita semakin meningkat dewasa, minda semakin matang utk terus mendalami ilmu agama..
Kesedaran tentang hidup ini hanya sementara membuatkan kita ingin terus mendekati Allah SWT..
Aku ingin berkongsi sedikit mengenai waktu, amalan dan doa yg mustajab yg boleh kita terapkan dlm kehidupan harian.. InsyaAllah, apa yg dikongsikan ini merupakan jalan yg baik utk kita memohon pertolongan Allah SWT. Segala apa yg ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dlm bidang hadis, juga diambil dari hadis-hadis yg sahih.




Waktu-waktu mustajabnya doa.

01.Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.

02.Sewaktu hujan turun
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

03.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.

04.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan di sini, yang akan penulis garapkan di bawah.

05.Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

06.Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.

07.Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...




Amalan-amalan yang memustajabkan doa.

01.Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.
Adapun amalan-amalan sunat yang sunnah, sila rujuk kepada artikel penulis "Mengejar Cinta Pemilik 'Arasy".

02.Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.

03.'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.
Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu,
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]
Kita lihat di sini sebagai dalil, bahawa boleh bagi kita setelah beramal baik, untuk kita menebus kembali (claim) daripada Allah S.W.T agar memustajabkan doa kita. Hal ini juga telah penulis bawakan di dalam kisah tiga orang sahabat yang terperangkap di dalam gua.

04.Menghulurkan pertolongan.
Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".

05.Sabar.
Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.




Doa-doa yang mustajab.

01.Ingin penulis kongsikan di sini beberapa doa yang sangat mustajab untuk dibacakan ketika memohon pertolongan Allah S.W.T. Salah satu daripadanya:
"Allahumma inni as aluka anniy asyhaduka annaka antaAllah, laa ilaa ha illa anta, al-waahidus somadul lazi lam yalid walam yuulad, walam yakun lahu kufuan ahad", yang bererti:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawasanya aku menyaksikan bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Engkau, Engkau Maha Esa, tempat meminta, Engkau tidak beranak dan Engkau tidak dilahirkan, dan tiada bagi-Mu tandingan dari sesuatu apapun."

Doa ini merupakan doa seorang sahabat yang didengari Rasulullah S.A.W, lalu baginda S.A.W bersabda, "Engkau telah berdoa kepada Allah S.W.T dengan tauhid-Nya, yang mana jika engkau berdoa dengannya nescaya pasti akan Dia kabulkan." Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad.

02.Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

03.Membaca nama-nama Allah S.W.T, yang berkaitan dengan doa kita.
Sebagai contoh, ar-Raazik (Maha Pemberi Rezeki) jika memohon rezeki, al-Ghafuur(Maha Pengampun) jika memohon taubat, ar-Rahiim (Yang Maha Pengasih) jika memohon belas kasihan, al-Jabbar (Yang Maha Kuat) jika memohon pembelaan dan juga lain-lain.
Bahkan afdhal juga jika dibacakan kesemua 99 nama Allah, dan berdoa setelah membacanya. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Nama-nama Allah seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghayati dan mengamalkan) akan masuk Syurga". Maka dengan itu nama-nama Allah sangat mustajab jika didahulukan sebelum berdoa.

04.Doa tahiyat akhir, iaitu "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya:
"Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal".


Sungguh jika kita lihat secara teliti, dan kita pelajari dengan minda dan hati yang terbuka, kita akan dapati terlalu banyak doa dan amalan yang membawa kepada mustajabnya doa kita. Andai kita cuba beramal dengan semuanya, nescaya kita tidak akan mampu untuk beristiqamahdengannya. Kerana itu kita katakan bahawa ibadah baginda S.A.W adalah ibadah yang paling sempurna.
Penulis mengharapkan agar kita semua dapat berbalik kepada keindahan sunnah nabi S.A.W, dan kembali mengikuti cara dan saranan baginda S.A.W di dalam beribadah, agar doa kita tergolong di dalam doa-doa yang mustajab.

Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari doa yang tidak mustajab dan dari ilmu yang tidak berguna.
Ya Allah... Aku berlindung dengan-Mu dari najis bid'ah dan syirik.
Ya Allah peliharalah kemurniaan aqidah kami kepada-Mu.
Selawat dan salam ke atas rasul junjungan Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda yang beroleh kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Bimbinglah kami selama mana kami hidup bernafas, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang mendapat kebaikan di sisi-Mu.
Ya Allah... Sudahkah aku sampaikan pesanan-Mu...?


Petikan daripada tulisan Ustaz Mohd Azri bin Mohd Nasaruddin,daripada http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3370-doa-yang-mustajab-waktu-dan-amalannya.html




Copy dan paste dari link di atas.. Bole juga lawati laman web tersebut.. Aku hanya ingin berkongsi dalam entry nie sebab tak ramai yg tahu kan.. Marilah kita sama2 menghayati dan mengamalkannya.. Yg BAIK itu dari Allah SWT, yg  BURUK itu datang dari saya sendiri.. Assalam..

Fantasi cinta merah,
Erra..